Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024. Berikut admin kongsikan kepada anda semua ibu bapa yang mempunyai anak yang akan memasuki sesi persekolahan Tahun 1 bagi sesi 2023/2024.
Cara pendaftaran adalah seperti berikut :-
1. Pergi portal
SPATKPM https://public.moe.gov.my/
2. Klik Pengguna Baru
3. Tekan Daftar Pengguna
4. Klik Daftar
5. Isikan maklumat
yang diperlukan untuk mendaftar
6. Setelah berjaya
daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
7. Klik Permohonan Baharu
8. Masukkan nombor
MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
9. Lengkapkan maklumat
berikut:
·
Maklumat murid
·
Maklumat kesihatan
·
Maklumat penjaga
10. Setelah selesai,
tekan butang Simpan dan Seterusnya
11. Untuk membuat
pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
12. Setelah selesai
membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
13. Semak setiap
maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah
menu.
14. Status permohonan
murid akan dipaparkan.
15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Untuk manual lengkap sila layari :- Manual Lengkap Pengguna
Catat Ulasan