Kalkulator Pengiraan Kenaikan Gaji Baru Penjawat Awam 2024
Berikut merupakan Kalkulator Pengiraan Kenaikan Gaji Baru Penjawat Awam 2024. Mudah sahaja. Anda hanya perlu masukkan berapa gaji hakiki/pokok yang anda terima pada bulan November 2024.
Untuk mengira berapakah kenaikan yang anda akan nikmati sila klik pada pautan di bawah ini :-
<< Kalkulator Pengiraan Kenaikan Gaji Baru Penjawat Awam 2024 >>
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira buat penjawat awam dengan pelarasan gaji sebanyak 15% bagi pegawai Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Turut diumumkan, kenaikan gaji sebanyak 7% bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).
Pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa, bermula 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.- Kata Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan, semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024.
Untuk Fasa 1, pegawai Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 8%, manakala Fasa 2 menyaksikan tambahan 7%. Bagi pegawai KPT pula, pelarasan adalah sebanyak 4% pada Fasa 1 dan 3% pada Fasa 2.
Catat Ulasan