Pengeluaran Wang KWSP RM10000 Dibenarkan. Sudah pasti ini adalah berita yang ditunggu-tunggu oleh semua pencarum KWSP yang amat memerlukan wang pada ketika ini. Kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata, ini merupakan keputusan sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.Namun begitu, beliau menjelaskan, kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Dalam masa sama, Perdana Menteri berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja."Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
"Saya
berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan
pengeluaran, demi masa depan," kata beliau dalam sidang media khas
sebentar tadi. -Awani-
Catat Ulasan