Tempoh Diskaun 80% Saman Trafik Dilanjutkan Hingga 31 Disember 2021. Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani telah mengumumkan bahawa tempoh pengurangan kadar kompaun saman 80% akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021 sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Tempoh Diskaun 80% Saman Trafik Dilanjutkan Hingga 31 Disember 2021 |
Pembayaran saman boleh dibuat melalui:
- Semua Kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen
dan Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara,
- Portal dan Aplikasi MyBayar Saman (Klik SINI)
- Pejabat Pos Malaysia, dan
- ATM Maybank
Ayuh, rebutlah peluang ini untuk menjelaskan tunggakkan saman anda dan memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini bagi mengurangkan beban akibat situasi sukar semasa pandemik Covid-19.
Catat Ulasan