Iklan Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29

Iklan Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29

Berikut merupakan Iklan Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29. 

Bahagian Akaun telah ditubuhkan pada 1 Mac 2021 selaras dengan dasar kerajaan dan Pekeliling Perbendaharaan PS 1.2 yang menghendaki setiap kementerian mempunyai Bahagian Akaun bagi melaksanakan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan. Dengan perjawatan seramai 5 orang pegawai ketika ini, Bahagian Akaun bertanggungjawab dalam memastikan perakaunan akruan dilaksanakan dan penyata kewangan kementerian disediakan mengikut Piawaian Perakaunan Kerajaan.

Objektif

  1. Melaksanakan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan dengan cekap dan berkesan;
  1. Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan boleh dipercayai kepada pemegang taruh;
  1. Memastikan transaksi kewangan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi piawaian perakaunan dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa;
  1. Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik; dan
  1. Menyediakan maklumat dan laporan pengurusan perakaunan bagi membantu Pengurusan Atasan dalam pembuatan keputusan.

Fungsi

Seksyen Perakaunan Pengurusan

    1. Membuat analisis perakaunan iaitu analisis maklumat Penyata Kewangan untuk kegunaan pengurusan atasan;
    2. Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Perakaunan Akruan Kementerian; dan
    3. Melaksana perakaunan kos dan pengurusan.

Seksyen Perundingan Dan Pemantauan

    1. Memberi khidmat nasihat berkaitan sistem JANM yang digunapakai;
    2. Menyelesaikan isu berkaitan perakaunan termasuk berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan;
    3. Menjalankan latihan berkaitan perakaunan kepada pegawai perakuanan dan kewangan;
    4. Melakukan naziran bayaran dan terimaan kepada PTJ; dan
    5. Menyemak Perakaunan Terimaan oleh PTJ (KKWT).

Seksyen Perakaunan Kewangan

    1. Menjalankan fungsi Pejabat Perakaunan bagi perkhidmatan perakaunan dan bayaran;
    2. Mengurus pembayaran gaji kakitangan kementerian;
    3. Menyemak Penyata Penyesuaian Vot Mengurus,Vot Pembangunan, Amanah dan Hasil yang dikemukakan oleh Pusat Tanggungjawab;
    4. Mengurus proses mewujudkan dan mengemaskini akaun pukal;
    5. Menguruskan sistem LMS bagi KPN;
    6. Mengurus perakaunan harta modal dan inventori;
    7. Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian, Pentadbiran dan Kewangan; dan
    8. Menguruskan Dana bagi tujuan pembayaran.



Sebarang maklumat sila layari : https://www.perpaduan.gov.my/


0/Post a Comment/Comments