Iklan Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29
Berikut merupakan Iklan Jawatan Kosong Penolong Akauntan Gred W29.
Bahagian Akaun telah ditubuhkan pada 1 Mac 2021 selaras dengan dasar kerajaan dan Pekeliling Perbendaharaan PS 1.2 yang menghendaki setiap kementerian mempunyai Bahagian Akaun bagi melaksanakan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan. Dengan perjawatan seramai 5 orang pegawai ketika ini, Bahagian Akaun bertanggungjawab dalam memastikan perakaunan akruan dilaksanakan dan penyata kewangan kementerian disediakan mengikut Piawaian Perakaunan Kerajaan.
Objektif
- Melaksanakan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan dengan cekap dan berkesan;
- Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan boleh dipercayai kepada pemegang taruh;
- Memastikan transaksi kewangan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi piawaian perakaunan dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa;
- Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik; dan
- Menyediakan maklumat dan laporan pengurusan perakaunan bagi membantu Pengurusan Atasan dalam pembuatan keputusan.
Fungsi
Seksyen Perakaunan Pengurusan
- Membuat analisis perakaunan iaitu analisis maklumat Penyata Kewangan untuk kegunaan pengurusan atasan;
- Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan Perakaunan Akruan Kementerian; dan
- Melaksana perakaunan kos dan pengurusan.
Seksyen Perundingan Dan Pemantauan
- Memberi khidmat nasihat berkaitan sistem JANM yang digunapakai;
- Menyelesaikan isu berkaitan perakaunan termasuk berkaitan pelaksanaan perakaunan akruan;
- Menjalankan latihan berkaitan perakaunan kepada pegawai perakuanan dan kewangan;
- Melakukan naziran bayaran dan terimaan kepada PTJ; dan
- Menyemak Perakaunan Terimaan oleh PTJ (KKWT).
Seksyen Perakaunan Kewangan
- Menjalankan fungsi Pejabat Perakaunan bagi perkhidmatan perakaunan dan bayaran;
- Mengurus pembayaran gaji kakitangan kementerian;
- Menyemak Penyata Penyesuaian Vot Mengurus,Vot Pembangunan, Amanah dan Hasil yang dikemukakan oleh Pusat Tanggungjawab;
- Mengurus proses mewujudkan dan mengemaskini akaun pukal;
- Menguruskan sistem LMS bagi KPN;
- Mengurus perakaunan harta modal dan inventori;
- Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian, Pentadbiran dan Kewangan; dan
- Menguruskan Dana bagi tujuan pembayaran.
Sebarang maklumat sila layari : https://www.perpaduan.gov.my/
Catat Ulasan