Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia

Jawatan Kosong Kementerian Pendidikan Malaysia

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seperti berikut:

i. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka) EM London

ii. Pengarah Gred 48/52 (Terbuka) EM Los Angeles

iii. Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka) EM Indonesia

3. Berikut adalah syarat-syarat umum permohonan:

i. Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
ii. Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan;
iii. Mempunyai prestasi kerja di tahap 85% (melebihi sasaran/cemerlang) dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2011, 2012 dan 2013);
iv. Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon;
v. Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib; dan
vi. Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

4. Berikut adalah syarat-syarat utama:

i. Pengarah Gred 52/54 (Terbuka)
a. Terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 52/54 atau setaraf
ii. Pengarah Gred 48/52 (Terbuka)
b. Terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 48/52 atau setaraf;
iii. Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka)
c. Terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 41/44 atau setaraf;
dan;
d. Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan dan baki perkhidmatan sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mencapai tarikh pesaraan paksa;

e. Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik; dan
f. Penguasaan bahasa ketiga yang baik adalah satu kelebihan.

5. Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:
i. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang jenis kerja yang perlu dilaksanakan seperti pengurusan dan pentadbiran pejabat, hal ehwal pelajar, pengurusan kewangan, akaun, tugas promosi dan pemasaran serta jaringan kolaborasi antarabangsa
ii. Mempunyai perwatakan & peribadi yang sesuai dengan seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum; dan
iii. Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan bahasa ketiga.

6. Cara Memohon
i. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT.S.500/8/2/6 Jld.6 [pindaan 2014] yang boleh dimuat turun melalui hebahan email;
ii. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan seperti berikut:
a. senarai tugas pegawai terkini;
b. satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh;
c. satu (1) salinan Sijil/ Diploma/ Ijazah yang berkaitan yang disahkan;
d. satu (1) Salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan
e. satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini;
f. satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2011, 2012 dan 2013); dan
g. Lampiran A – Ringkasan butiran peribadi serta pengalaman yang berkaitan dengan tugas yang dipohon.
iii. borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan perlu dikemukakan melalui Ketua Jabatan ke alamat berikut:



Ketua Setiausaha II

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

(Pengurusan Pengajian Tinggi)

Aras 15, No.2, Menara 2

Jalan P5/6, Presint 5

62200 W.P. PUTRAJAYA

(u.p: Urusan Pengambilan EM)


7. Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 9 Januari 2015 (Jumaat). Permohonan yang lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

8. Temu duga

Hanya calon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga. Pihak urusetia berhak untuk menentukan penempatan pegawai yang bersesuaian berdasarkan proses saringan dan keputusan temuduga.

Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh tutup permohonan.


9. Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai- pegawai berikut:

i) Puan Noraffida binti Othman

03-8870 5227

fida.othman@moe.gov.my

ii) Puan Mardiana Binti Zulkifli

03-8870 5241

mardiana.zulkifli@moe.gov.my



LINK

0/Post a Comment/Comments