Jawatan kosong UPSI
Jawatan Kosong UPSI adalah seperti berikut :-Jawatan kosong UPSI
1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Pengurus Taska) DG41 1
2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 1
PANDUAN PERMOHONAN
Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar untuk mempunyai akaun dengan Online Job Application ini.
Untuk permohonan jawatan kali ke-2 dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula/mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
Permohonan secara online ini hendaklah diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses menggunakan permohonan online ini. Permohonan online yang tidak lengkap akan ditolak.
Untuk permohonan jawatan akademik ini, pemohon dikehendaki menghantar cetakan CV, dokumen permohonan/sijil-sijil hardcopy/fotostat ke UPSI setelah memohon secara online. Bagi permohonan jawatan Pengurus Taska, sila nyatakan jawatan tersebut di sebelah kanan bahagian atas pada cetakan permohonan.
Pemohon mestilah menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di Berita/Makluman Terkini untuk mengetahui status terkini permohonan misalnya sedang diproses/layak ke ujian tapisan atau saringan/layak ditemuduga/perlu menghantar dokumen permohonan dan sebagainya. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya yang disebabkan pemohon tidak menyemak secara online di ruangan ini.
Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara online ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
Pemohon juga mesti sentiasa update alamat surat menyurat dan nombor telefon bimbit yang aktif digunakan.
Bagi pemohon yang merupakan kakitangan UPSI (bertaraf tetap/sementara/kontrak) atau Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang sedang berkhidmat di UPSI, permohonan online perlu dibuat menggunakan borang seperti di atas, dan seterusnya pemohon perlu menghantar surat rasmi menyatakan permohonan jawatan kepada Pendaftar. Hanya surat rasmi ini sahaja yang perlu dihantar tanpa perlu menyertakan sijil-sijil atau borang permohonan. Sila nyatakan nama, nombor pekerja, tempoh lantikan (untuk kakitangan bertaraf kontrak/sementara/PSH), jawatan sekarang dan jawatan yang dipohon di dalam surat berkenaan.
Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia di talian 05-4506328 (En. Shamsul Razman, En. Mohd Fazli, En. Mohd Rikzan) /05-4506338 (Pn.Murni) / 05-4506339 (En.Nurul Anuar) atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 SEPTEMBER 2014 (Selasa).
Catat Ulasan