Powered by Blogger.

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang


Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 dan diwartakan di dalam warta kerajaan No. 11 tahun 1973 pada 4 Oktober 1973.Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Pada tahun 1972, Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji penggubalan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Jawatankuasa ini kemudiannya dikenali sebagai Jawatankuasa Khutub Khanah Umum Kuantan.Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memulakan operasinya untuk masyarakat di bangunan Rumah Rehat lama di Jalan Masjid, Kuantan pada tahun 1976. Pada tahun 1985, berpindah ke Bangunan lama Dewan Undangan Negeri di Jalan Gambut dan telah dirasmikan pada 28 Oktober 1987 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah.Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Sejak itu, perkhidmatan perpustakaan semakin berkembang ke semua 11 Daerah di Negeri Pahang dengan penubuhan Perpustakaan Daerah, Cawangan, Perpustakaan Bergerak (Pinjaman kelompok) dan Perpustakaan Desa. Sehingga kini, PPAP mempunyai 1 buah Perpustakaan Negeri, 10 buah Perpustakaan Daerah, 2 buah Perpustakaan Cawangan, 32 buah Perpustakaan Desa Negeri, 32 buah Perpustakaan Desa PNM, 1 Unit Bus bergerak Multimedia e-Pustaka dan 7 unit Perpustakaan Bergerak yang kini menjalankan perkhidmatan pinjaman kelompok di luar bandar di seluruh Negeri Pahang.Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Perpustakaan kini memberikan perkhidmatan sejajar dengan perkembangan teknologi semasa, meliputi semua keperluan pembacaan, pembelajaran, rekreasi serta ICT.
Berikut adalah Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon. Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang adalah seperti berikut :

Jawatan yang ditawarkan:

-PUSTAKAWAN GRED S41 - 1 kekosongan

-PENOLONG PUSTAKAWAN GRED S27 - 2 kekosongan

-PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17 - 1 kekosongan

-PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J17 - 1 kekosongan

Tarikh tutup : 27 Ogos 2015

Iklan penuh & cara memohon sila klik : SINI

Berita terkini dalam dan luar negara : SINI

Selamat mencuba

0 Komentar untuk "Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang"

Back To Top