Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai (MPN)


Berikut adalah Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai (MPN) untuk dipohon dan diisi oleh semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Mari sama-sama kita sebarkan kepada semua yang sedang mencari pekerjaan.

MPN pada dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Seremban (ditubuhkan pada 1 Januari 1979) melalui penyusunan semula ke atas Enam (6) Penguasa Tempatan di Negeri Sembilan sek.3 (a) dan 3(b), Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta 171

Majlis Tempatan Pajam (1957)
Majlis Tempatan Mantin (1958)
Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Rantau (1959)
Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Nilai (1959)
Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Broga (1959)
Majlis Tempatan Lembaga Bandaran Labu (1959)

Majlis Perbandaran Nilai telah diberi kenaikan taraf daripada Majlis Daerah Seremban dan majlis pengisytiharan kenaikan taraf tersebut telah dilaksanakan secara rasmi pada 2 Februari 2002. Majlis Perbandaran Nilai telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir lapan buah Mukim yang terdapat di dalam Daerah Seremban . Antara Mukim yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Nilai pada masa ini ialah:

Mukim Setul
Mukim Labu
Mukim Rantau
Mukim Lenggeng
Mukim Pantai
Sebahagian Rasah
Sebahagian Ampangan
Sebahagian Seremban

Antara Mukim tersebut lima (5) daripadanya adalah Mukim Utama iaitu Mukim Setul, Labu, Rantau, Lenggeng dan Pantai manakala tiga (3) Mukim lagi adalah sebahagian sahaja yang mana ia telah dibahagi dengan Majlis Perbandaran Seremban iaitu sebahagian Rasah, sebahagian Ampangan dan sebahagian Seremban.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Nilai (MPN) adalah seperti berikut :-

1. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17
2. Pemandu Kenderaan H11
3. Pembantu Operasi N11
4. Penghantar Notis N11


Untuk maklumat lengkap & cara memohon sila ke : SINI

Tarikh tutup : 12 Ogos 2015

0/Post a Comment/Comments