Jawatan Kosong Universiti Utara Malaysia (UUM)


Warganegara Malaysia yang berminat untuk mengisi jawatan berikut :-

Jawatan                   :           PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) - SAMBILAN
SYARAT KELAYAKAN
a)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
b)    Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Gaji
RM54.00 sehari

TARAF JAWATAN
Sambilan

TEMPOH LANTIKAN
Mulai 26 Mei 2014 dan berakhir  pada 02 Julai 2014  
Nota: Keutamaan diberikan kepada calon yang lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan kepujian Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

CARA MEMOHON

(i)    Borang permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN UNTUK JAWATAN KOSONG yang boleh dimuat turun disini. Permohonan yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.
(ii)    Sila catatkan nama jawatan yang hendak dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat semasa menghantar borang.
(iii)    Hanya satu jawatan boleh dipohon bagi setiap satu borang.
(iv)    Borang yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada :
Pendaftar
Universiti Utara Malaysia
06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman
(u.p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
Tel      :       04-928 3112/3114
(v)    Tarikh tutup permohonan           : 22 April 2014 (Selasa)
          
CATATAN TAMBAHAN
a.    Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.

b.    Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.

0/Post a Comment/Comments