PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PPISMP) AMBILAN JUN 2014


1. KETERANGAN PROGRAM  
   
Nama Program : Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Calon dikehendaki mengikuti PPISMP selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

 
2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS  
    2.1 Warganegara Malaysia.  
    2.2 Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994. 
    2.3 Calon mesti sihat tubuh badan.  
    2.4 Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.  
    2.5 Calon mendapat gred cemerlangMakluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+                         dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).  

    2.6 Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut                         iaitu:
 
                      i. Bahasa Melayu; dan
                                  ii. Sejarah.
    2.7 Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.  
    2.8 Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat                           Bidang Pengkhususan dalam permohonan online). 

Untuk Maklumat lanjut : SINI

0/Post a Comment/Comments