1. Juruukur Bahan J41
2. Penolong Juruukur Bahan JA29
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
J / JA - Perkhidmatan Kejuruteraan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
TERTAKLUK DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
ii) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah
disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini;
iii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan
Ketua Jabatan;
iv) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
v) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
vi) Pemohon-pemohon hendaklah mencatatkan jawatan yang dipohon di sebelah kiri bahagian atas sampul surat;
vii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Borang (MBSA 1) boleh dibeli di Kaunter Bayaran (Tingkat G) Wisma MBSA dengan harga RM3.00 tunai/naskah.
Permohonan hendaklah dihantar kepada:
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
Tingkat 1, Wisma MBSA, Peti Surat 7200
40706 Shah Alam, Selangor
Tarikh iklan dikeluarkan : 07.03.2014
Tarikh tutup permohonan adalah pada : 21.03.2014
A. GRED LANTIKAN:
1. NAMA JAWATAN : JURUUKUR BAHAN (KONTRAK)
Gred dan Jadual Gaji J41 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
RM 2360.00 RM 8743.00
ITKA - RM 300.00
ITP - RM 250.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00
Syarat Lantikan:
a) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
dan b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Senarai Tugas dan Tanggungjawab:
1. Memantau pentadbiran kontrak Majlis melalui perolehan tender dan sebutharga melibatkan kerja-kerja penyediaan kontrak dan pengurusan kontrak.
2. Menyelia proses penyediaan kontrak Majlis.
3. Menyelia dan memantau perkhidmatan perunding.
4. Memberikan nasihat dan pandangan dari segi syarat-syarat kontrak.
2. NAMA JAWATAN : PENOLONG JURUUKUR BAHAN (KONTRAK)
Gred dan Jadual Gaji JA29 : GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM
RM 1751.00 RM 5121.00
ITKA - RM 160.00
ITP - RM 180.00
Bayaran Bantuan Sara Hidup - RM 300.00
Syarat Lantikan:
a) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
dan b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Senarai Tugas dan Tanggungjawab:
1. Memproses dan menyediakan dokumen tender dan sebutharga yang lengkap selaras dengan tatacara perolehan Majlis.
2. Memproses kerja-kerja di bawah pengurusan kontrak Majlis dan memastikan ianya selaras dengan syarat-syarat yang kontrak yang ditetapkan.
3. Membantu bagi proses perkhidmatan perunding yang dilantik oleh Majlis.
4. Pemantauan bayaran untuk kerja-kejra penyelenggaraan dan pembangunan Majlis.
5. Menyediakan surat tawaran Tender / Sebutharga / Perunding / Pelupusan.
6. Menyediakan dokumen perjanjian untuk kontrak kerja / bekalan / perkhidmatan.
Catat Ulasan