Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia:-


1. PEREKA  B41
2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI  E41
3. JURUTERA  J41 
4. PEMBANTU AKAUNTAN W17 

CARA MEMOHON

Permohononan hendaklah dibuat menggunakan Borang UPSM/BKP/2007.
Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar dan disertakan bersama-sama dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, salinan sijil persekolahan, sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil berkaitan yang telah DISAHKAN. Permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan.

 Calon hanya dibenarkan memohon satu (01) jawatan sahaja.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada sebelah kiri sampul surat. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 24 MAC 2014 (ISNIN) dan dialamatkan kepada:-

KETUA PENGARAH
PEBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA
Seksyen 63, Jalan Conlay
50450 Kuala Lumpur
(u.p : Unit Pengurusan Sumber Manusia)

CATATAN AM

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (06) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

IKLAN PENUH 

DOWNLOAD BORANG

0/Post a Comment/Comments