Jawatan Kosong Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu



Y.Bhg. Prof/Prof Madya Dr./Prof Madya/Dr./Tuan/Puan

2.    Universiti Teknologi MARA (Terengganu) dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan TETAP/KONTRAK  bagi jawatan lantikan di UiTM (Terengganu) Kampus Dungun, Kampus Kuala Terengganu dan Kampus Bukit Besi bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

3.    Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

4.    Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

5.    Iklan Jawatan atau borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM (Terengganu) di http://terengganu.uitm.edu.my atau boleh juga didapati di Bahagian Pentadbiran, Aras 2, Bangunan Integriti UiTM (Terengganu).  Borang permohonan yang lengkap beserta sijil-sijil yang disahkan hendaklah dihantar kepada :-

Timbalan Pendaftar Kanan
Bahagian Pentadbiran
UiTM (Terengganu)
23000 DUNGUN
Terengganu Darul Iman

6.    Tarikh tutup penerimaan borang ialah pada 23 Februari 2014 (Ahad)  Permohonan yang tidak lengkap dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sekian. Terima kasih.



0/Post a Comment/Comments