PEMILIK FB HASUT GULING KERAJAAN DIBURU


Polis Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat dan memburu pemilik akaun Facebook (FB) yang membuat kenyataan berunsur hasutan dan mengajak orang awam menggulingkan kerajaan pada sambutan tahun baru 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, satu laporan polis telah dibuat terhadap individu terbabit. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan akan ditukar kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) SOSMA 2012 jika perlu iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

FB PDRM

0/Post a Comment/Comments